Saturday, December 31, 2011

TRAGEDI BERDARAH MAHASISWA

10:16 PM 0 Comments

Kumulakan dengan nama Allah.

Sungguh terasa apabila menerima berita tragedi yang menimpa sekumpulan mahasiwa di UPSI. Adakah didikan masyarakat di negara yang agak membangun kurang berkesan? Sehingga berkemungkinan besar melakukan kerosakan & kezaliman yang lebih besar dalam masyarakat.


Realitinya, mekanisme yang tidak berperikemanusian semakin berleluasa. Mahasiswa hanya bersuara tanpa senjata menuntut hak yang sepatutnya dihukum kejam sebegitu rupa. Sekumpulan mahasiswa merasakan tanggunggawab harus dipikul bersama atas kejadian yang berlaku terhadap sahabat mereka sendiri,Adam Adli. Namun, kejahatan yang menelurkan kejahatan berganda telah memusnahkan sendi dan kerukunan masyarakat sekitarnya. Allah..





Friday, December 30, 2011

Monday, December 19, 2011

Satu Akidah, Satu Ukhwah

3:50 PM 0 Comments
Amman - Rombongan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan ( MPPMJ),yang diketuai oleh Presiden Saudara Mohammad Hussin Bin Mohd Fauzi telah melawat Presiden Himpunan Pelajar-Mahasiswa Indonesia Jordan (HPMI) Saudara Abdul Aziz Bin Abdul Rahman yang sedang dirawat di Hospital Islam Amman, akibat mengidap penyakit Luekemia.

Saudara Abdul Aziz merupakan salah seorang pelajar Master dan bakal menamatkan pengajiannya pada fasal ini.

Turut hadir bersama barisan kepimpinan MPPMJ, Timbalan Presiden PERMATA, Saudara Fakhrul Hayyi Bin Mohammad dan YDP KMKJ, Saudara Ihsan Fadli Bin Che Min. Ketibaan beliau dan rombongan disambut kepimpinan HPMI dan ahli.

Tuesday, December 13, 2011

PERBAHARUI NIAT, KUATKAN SEMANGAT.

4:06 AM 0 Comments


KEKUATAN DI SUBUH HARI

Kakak : " Qalbi, suami akak selalu nampak kelibat awak pergi ke masjid pada waktu solat subuh. Awak selalu pergi solat subuh di masjid? "

Adik : " Eh, saya solat subuh berjemaah bersama sahabat di rumah. Saya memang suka ke masjid tapi tidak pernah lagi ke masjid pada waktu subuh. "

Kakak : " Oh ye ke. Mungkin orang lain agaknya. "

Adik : " Pelik. Siapa 'dia'? " Dalam hatinya, alangkah indah jika dia dapat melangkah ke masjid pada waktu itu. Namun, demi keselamatan di waktu kesunyian hening pagi, dia dinasihati agar tidak pergi. Bagus juga andai dapat mendengar kuliah subuh.




Tarbiyah abah sejak kecil tak pernah dilupa. " Anak dara jangan tidur lepas subuh ye."


Baik, jom dengar video ini untuk melepas rindu kuliah subuh. Jangan tidur !



ORANG BERIMAN ITU DIUJI


" Apakah manusia mengira(menyangka) bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? "

( Surah Al-Ankabut : 3 )

" Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah(menguasai) segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, untuk Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun . "

( Surah Al-Mulk : 1-2 )






PEPERIKSAAN

Semoga sahabat-sahabat dan diri ini dipermudahkan dalam peperiksaan pada esok hari. Menjawab soalan itu juga 'waktu belajar '. Bukan sekadar menjawab. Kadang soalan-soalan yang diajukan pada waktu itu tidak pernah ditanya sewaktu pengajaran pensyarah di dalam kuliah. Jadi, kita mendapat sesuatu pengajaran yang baru, ilmu yang baru, cuba membuat 'jawapan yang baru' dan bersemangat untuk lebih tahu :) Belajar dan teruskanlah belajar. Selagi ada waktu. Every second counts.

Aku menuntut ilmu kerana aku menyintai Pemilik Ilmu itu. Insha Allah.

Jangan jadikan kekurangan sebagai suatu kelemahan, jadikanlah ia suatu keistimewaan agar dapat melahirkan suatu kekuatan & dapat memberi sebuah keyakinan, kerana setiap yang di hadapanmu itu adalah jalan menuju kebahagian..demi Ar-Rahman. [ hati_ARIA ]

~ aku,kamu & mereka mampu mengubahnya ~
♥ Allahu ma3ana ainama kunna ♥

Friday, December 2, 2011

Kuasa Hijrah Kekuatan Untuk Berubah

10:54 PM 0 Comments

Saya yakin anda semua pernah mendengar istilah zon selesa. Ia adalah satu budaya peribadi iaitu berpuas hati dengan apa yang sedang dimiliki. Semuanya sudah cukup ‘baik’ sehingga dia tidak perlu lagi melakukan sesuatu untuk menjadi lebih baik.Merasa selesa dengan sesuatu keadaan sehingga berasa tidak perlu diperbaiki.

Enggan berfikir tentang masa hadapan,hanya ingin berfikir tentang perkara yang enak-enak sahaja. Mengapa harus bazirkan masa dengan berfikir tentang masa hadapan dan masalah ummah? Saya mahu memanfaatkan masa yang ada dengan perkara-perkara yang menyeronokkan dan selesa. Muda hanya sekali. Itulah apa yang mereka percaya.

Bicara Tentang Cinta

9:30 PM 0 Comments



" Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah Penciptamu agar dirimu teguh di saat yang lain runtuh, agar mampu berdiri di saat yang lain jatuh.."


Bila seseorang yang mabuk bercinta, mungkin amat sukar ingin dinasihati tatkala melakukan kesalahan jika dia sedang mengemudi cintanya ke jalan yang salah. Umpama seseorang yang 'melayan' pening dan mabuknya, kemudian dihulurkan pula buah durian yang hanya meloyakan dan tiada faedah baginya, maka durian itu akan dimuntahkan atau dibuang sahaja. Mungkin nasihat itu akan diambil & difikirkan tatkala dia 'tidak' atau 'kurang' melayan cintanya. Jadi, berhati-hati ye ingin menasihati orang yang mabuk bercinta. :)


Monday, November 28, 2011

Sandaran Hati

9:01 PM 0 Comments

" Ya Allah..pandulah,redhailah & sentiasalah bersama hambaMU dalam setiap langkah & tindakannya. Kurniakanlah kebaikan bagi hambaMU dalam segala urusan, berikan pahala(balasan baik) kepada kami dari segenap luka dunia & siksa akhirat..Ya Tuhan yang Maha Penyayang.."

Alhamdulillah. Subahanallah wa alhamdulillah wa la ilaha illa Allah. Diri ini masih dikurniakan nikmat sihat agar dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Naskhah itu masih setia denganku meskipun aku selalu memungkiri janji terhadapnya. Jika manusia, sudah pasti dengan memungkiri janji sahaja, sukar lagi untuk saling mempercayai. Namun, sesiapa pun yang bertaubat pada Allah dan Dia perkenankan, mungkin dia lebih jauh mulia & suci dari diri kita yang banyak dosa & meringankan taubat. Moga Allah jauhkan.


Saturday, November 19, 2011

Resepi Pie

5:59 AM 0 Comments

Sekadar gambar hiasan



Bismillah. Ingin berkongsi resepi dari teman kepada teman-teman sekalian. Pie banyak jenisnya. Jom cuba resepi ini.

Kita mulakan dengan pastry dahulu ye. Kemudian intinya. Intinya pula banyak jenis dan anda boleh buat mengikut pilihan atau buat semuanya :). Zaman canggih la ni pastry ready made pun ada..semua ada. Terpasuk pie, cheese kek dan lain-lain lagi. Tinggal masukkan ke dalam mulut. Biasanya sesuatu yang asli tak sama dengan yang ready made. Dari segi bahannya, juga dari segi kualiti untuk menjamin kesihatan.


Friday, November 18, 2011

~ Selagi ada waktu ~

5:00 AM 0 Comments

" Ya Allah ya tuhanku, sekiranya rezekiku di langit maka turunkanlah ia..sekiranya di bumi/di laut maka keluarkanlah ia..sekiranya jauh maka dekatkanlah ia..sekiranya dekat maka permudahkanlah ( dapatkannya )..sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah..sekiranya banyak maka berkatilah aku terhadap rezeki tersebut "

Kadang tak terungkai kata-kata
Untuk selami betapa besar hikmah ujianNYA


Meskipun harus menempuh jalan berliku & berbatu
Sekalipun harus menggadai harta & nyawamu
Jangan sesekali kau ragu
Teguhkan hatimu
Teruskanlah langkahmu


Tika perit terasa di jiwa
Tika tubuh menanggung derita
Pastikan semangat JIHADmu & cinta padaNYA terus membara..

~ hati_ARIA ~




Sunday, August 28, 2011

~ Cinta atas cita ~

1:02 PM 2 Comments





Taman itu

aku hanya LALU

mengutip mutiara

membersih debu..


Salahkah aku

andai hadirnya ribut

tersenyum rumput

daun teguh

bunga gugur mati..



أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " إِنَّ اللَّهَ لا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَ أَمْوَالِكُمْ ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ "
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata : Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta benda kamu tetapi Dia memandang kepada hati & perbuatan-perbuatan kamu.

( HR Muslim 6708, Ibnu Majah 4143, Ahmad 7814 & Ibnu Hibban 394..Riwayat Ibnu Hibban disahihkan oleh Syu'aib al-Anna'ath Disahihkan oleh Albani )




tulus sanubari

ku harap taman terus berbunga lagi

seiring hidayah & rahmat Ilahi

bunga tersenyum indah berseri

ribut bertukar teman sejati



resah tiada lagi

menjadi ketenangan abadi

di taman syurga Ilahi

menjadi idaman hati..





" Jika kau rasakan dunia mengepungmu dengan keburukan, maka keluarlah kau dari kepungan itu & kepunglah dunia dengan kebaikan "

[ hati_ARIA ]



* mood muhasabah kekuatan mengepung

Krisis Somalia : MPPMJ Lancar Tabung Kemanusiaan

12:53 PM 0 Comments

SOMALIA

Saat ummat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa dengan penuh nikmat dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, pada saat itu juga puluhan ribu warga Somalia kehilangan nyawa akibat kebuluran dan jutaan lagi terdedah kepada ancaman kebuluran yang sangat teruk.

“Perut cucu saya sudah kurus kering kerana dia mengalami kelaparan terlampau. Saya fikir stok makanan yang diperoleh ini tidak mencukupi dan mampu bertahan untuk beberapa hari saja kerana kami perlu berkongsi dengan tujuh orang ahli keluarga lain,” kata seorang mangsa sambil menunjukkan perut cucu lelakinya yang berusia lima tahun.

Beginilah senario terbaru di Somalia yang sedang berhadapan dengan krisis makanan kronik dalam tempoh dua dekad. Krisis kemanusiaan terburuk pada abad ke-21 itu telah menyebabkan separuh daripada rakyat tempatan bergelut mendapatkan bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan krisis kebuluran berkenaan akan terus merebak dalam tempoh dua bulan di Somalia sekiranya tiada bantuan dihulurkan.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Unit Analisis Keselamatan Makanan dan Nutrisi (FSNAU), seramai 3.76 juta rakyat Somalia terpaksa mengharapkan bantuan kemanusiaan dari segi makanan dan ubat-ubatan.

Disebabkan tidak mampu lagi untuk menjalani kehidupan di tempat sendiri yang sudah kehabisan sumber makanan, majoriti rakyat Somalia sanggup merentas kawasan panas kering dan berkaki ayam di bawah terik matahari yang mencecah 50 darjah celsius ke kem-kem pelarian yang menyediakan makanan.

Malangnya, belum pun sempat menjejakkan kaki di kem berkenaan, segelintir daripada mereka mati dalam perjalanan terutamanya kanak-kanak dan bayi. Cuaca panas dan kebuluran antara faktor utama yang meragut nyawa mereka. Sementara yang berjaya tiba di kem dalam tempoh 24 jam tampak lesu, tidak terurus dan kurus kering.


Dianggarkan secara purata setiap hari, seramai 60 bayi mati akibat kelaparan dan kekurangan makanan berkhasiat, selain kemusnahan tanaman dan haiwan ternakan.

Mereka hidup bergelut dengan maut. Kita di sini bagaimana?

Justeru, sebagai sebuah badan yang proaktif dan responsif, MPPMJ menyediakan satu wadah bagi mahasiswa di Jordan yang ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan. Selain itu, ia adalah merupakan salah satu usaha MPPMJ dalam memperkasakan peranan mahasiswa muslim daripada pelbagai aspek selari dengan tuntutan syara’.

Tabung bantuan kebajikan Somalia dilancarkan pada 28 Ogos 2011 melalui persatuan-persatuan zon (PZ) seluruh Jordan secara serentak. Kutipan dana yang diperolehi akan diserahkan terus ke negara darurat terbabit melalui Yayasan Amal Malaysia.

“Dan apakah jalannya yang engkau dapat mengetahui ,apakah amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? Iaitu memerdekakan hamba abdi, atau memberi makan di hari kelaparan, kepada anak yatim dari kaum kerabat, atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah. Kemudian mereka tergolong dalam kalangan orang beriman yang berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang”

(Surah al-Balad 12-17)

Semoga usaha kita yang tidak seberapa ini diberkati Allah. Rebutlah peluang keemasan di bulan Ramadhan ketika pintu-pintu syurga terbuka luas untuk hamba-hamba Allah yang ikhlas bersedekah.

PEMUDA-PEMUDI HARAPAN,

BERILAH MEREKA PELUANG,

HANYA JD 1…

Anisatul Qalbi Binti Mohd Sofiyuddin,
Pemangku Timbalan Presiden 2,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ),
Sesi 2011-2012.


Sumber : POrtal MPPMJ

Friday, July 1, 2011

Perantau

11:30 AM 0 Comments





Perantau musafir perjuangan

Tabahkanlah hatimu

Berjuang di rantau orang

Sedih pilu hanya engkau yang tahu


Ingatan anak dan isteri

Janganlah menghiris hatimu

Kerinduan desa nan permai

Janganlah melemahkan semangat juangmu


Diwaktu ujian badai terus melanda

Engkau tetap gigih berjuang

Membenarkan sabda junjungan

Terus memburu menuntut janji

Pastilah Islam gemilang lagi


Tapi pejuang kembara perjuangan

Ujian bukan batu penghilang

Kerana itulah syarat dalam berjuang


Oh pejuang..

Di mana pun ada ketenangan

Di mana pun ada kebahagian

Bila insan kenal pada Tuhan

Kasih sayang dan pembelaanNya

Bagi insan yang menyerahkan jiwa dan raga

anak dan isteri kepada Allah


-By The Zikr@Nazrey Johani-





Perjuangan itu tidak bermusim..

Kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi wanita solehah..
Kesusahan bukanlah penghalang untuk terus membela daulah muslimah..

Duhai hati,
Pastikan niat itu sentiasa diperbaharui..kerana Ilahi..



Tuesday, May 31, 2011

Cacat & Upaya

5:29 AM 0 Comments

Alhamdulillah syukur masih dikurniakan tenaga bersama nikmat Islam & Iman.

Geleng kepala bila melihat keputusan peperiksaan akhir semester ini. Warna-warni keputusan bagi subjek yang saya ambil, dari markah yang 'paras leher'(gaya hampir lemas) hinggalah subjek yang hampir mencapai markah penuh. Melihat nombor yang kecil jumlahnya, bagai mimpi pun ada. Melihat jumlah yang besar, seperti tidak percaya. Apa-apa pun bersyukur dan bersabar. Usaha telah digembelengkan sedaya mungkin. Perlu koreksi diri dengan lebih mendalam barang kali. Mungkin juga dosa-dosa yang menimbun dan sebagainya. Mustahil segala diputuskan olehNYA itu sia-sia.

" Apa yang 'cacat' ye agaknya? Dimana ye silapnya " Getus hati sendiri.

Teringat kata-kata seorang rakan kepada rakan saya sewaktu zaman kecil-kecil cili padi, bila dia terpandang seseorang yang cacat, dia akan berkata..

" Aku rasa nak kahwin dengan dia(lelaki).Kesiannya..kalau aku kahwin dengan dia, boleh aku menjaganya. "..pelik...haih

Bila terjumpa yang sejantina, dia teringin ambil dan memelihara orang-orang istimewa ini seperti keluarganya sendiri. Sungguh, lain sungguh hatinya.

Cacat bukan bermakna cacat tidak berguna. Pasti,ada sesuatu potensi yang istimewa ada pada dirinya.


SYUKUR.

Bila bersyukur,pasti Allah tambah lagi. Bersyukurlah dengan apa pun yang ada pada kita sekarang ini.

Jika hari ini terpijak duri, mungkin hari esok dihadiahi mawar mewangi..
Jika hari ini jatuh terluka, mungkin esok dihadiahi penawar bahagia yang tidak disangka..

Bersabar & bersyukur. Allah sangat sayang dengan hamba yang bersabar. Pasti Allah bersamamu di setiap detik kesabaranmu..kerana mereka,dia,kau dan aku hamba Dia Yang Satu.




Rama-rama,

cantik..namun tak boleh berkata,

gerak geri & peribadinya,

kadang membuatkan manusia terpesona.

Si bisu,Si pekak,Si buta,

dia tetap manusia,

insan luar biasa,

namun masih ada yang mampu berusaha,

mengajak manusia ke SYURGA.

.الدِّينُ النَّصِيحَة
.." agama itu nasihat " ( HR Bukhari & Muslim )

Terima kasih kepada sahabat saya kerana semalam menghadiahkan rama-rama yang amat cantik sekali =)

Tuesday, May 3, 2011

Keputusan.

9:13 PM 0 Comments
Bismillah.

Subhanallah wa Alhamdulillah. Alhamdulillah Dia masih memberi nikmat kekuatan kepada hati kita dalam menyintai-NYA serta masih dihadiahkan peluang untuk berusaha memperkemaskan diri agar lebih cantik & hensem sebelum bertemu dengan-NYA.

Maaf lewat mengeluarkan berita tentang pilihanraya PERMAI.

Diumumkan, jumlah undian tertinggi bagi kerusi Presiden adalah saudara Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa. Bagi kerusi Ketua Helwi adalah saudari Siti Fatimah binti Ismail.


Berikut adalah nama-nama yang terpilih bagi Ahli Majlis Tertinggi PERMAI ;-


1-Muhammad Sahel bin Nordin

2-Wan Muhammad Najib Wan Mohd Daud

3-Mohamad Norhelmy bin Shamsuddin

4-Muhammad Hatta bin Shafri

5-Muhammad Naim bin Deraman

6-Nafeesa Ayesha Bt Ahmad Fauzi

7-Raihana binti Ahmad Nazri

8-Nurul Kauthar Binti Mohd Khari

9-Afifah binti Hamdan

10-Nurfadhilah binti Husin



Maklumat lanjut --> JPR PERMAI 2011.


Tahniah diucapkan kepada saff kepimpinan baru. Semoga mereka dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya, diberi kekuatan, dapat membuat keputusan dengan sebaiknya, menjaga kebajikan 'rakyat' dan dipermudahkan segalanya. Insha Allah.


" Kita tidak mahu ahli takut kepada persatuan tetapi takut kepada Tuhan "
- dipetik dari ucapan Ahmad Hidayat Hasni -




Langkah bermula memijak denai-denai..

Terus yakin menembusi rintangan andai pun hingga terkulai..

Berharap padaNYA agar impian tercapai..

bersama redha Allah yang ingin digapai..

Moga kita kan dapat bersama disyurga
yang selamanya indah,damai & permai..

Insha Allah.




Selamat beramal.



Monday, April 25, 2011

Pilihan Raya PERMAI kali-8.

9:32 AM 0 Comments


Siri 4

~ Calon-calonnya ~

PR : Bakal Saff Kepimpinan HELWI@PERMAI


Vote SITI FATIMAH BT ISMAIL for KETUA HELWI





Vote NAFEESA AYESHA AHMAD FAUZI for TIMBALAN KETUA HELWI





Vote NURFADHILAH HUSIN for AHLI MAJLIS TERTINGGI




Vote RAIHANA AHMAD NAZRI for AHLI MAJLIS TERTINGGI





Vote AFIFAH HAMDAN for MAJLIS MAHASISWA YARMOUK





Vote NURUL KAUTHAR MOHD KHARI for MAJLIS MAHASISWA JUST.



Friday, April 22, 2011

Pilihan Raya PERMAI kali-8.

10:50 AM 6 Comments

Siri 3

KEMPEN?

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa-apa pun kalimahNYA dulu. Saat ini saya perlu menukilkan sesuatu kepada ahli PERMAI tercinta walau pun sedang berhadapan dengan kesibukan kerja kuliah yang masih belum siap, persiapan pembentangan Fiqh Medic, kelas tasmi3, dan hal-hal lain pada esok hari. Saya pasti ada orang yang lebih sibuk dari saya. Nukilan ini bukan disebabkan surat penarikan diri ditolak kerana segala ketetapan setiap sesuatu hanya dariNYA tetapi saya berasa terpanggil untuk mengatakan sesuatu tentang pilihanraya PERMAI kali ke-8 pada tahun ini.

Ini sebahagian usaha kecil yang saya mampu lakukan, selebihnya saya letak pada Allah untuk menentukannya. . Saya tidak mahu artikal ini mengeruhkan lagi keadaan atau memecah belahkan ummat sebaliknya lebih mempertahankan hubungan juga demi Islam tercinta. Allah uji kita semua untuk menentukan pemimpin. Allah uji keyakinan kita.


Saya mohon agar diri ini dinilai sebaiknya. UNDILAH SITI FATIMAH BINTI ISMAIL sebagai KETUA HELWI. Kejam sungguh agaknya saya. Jom kita nilai antara saya dan dia. Paling penting saya nak kempen dia bukan saya.


ANISATUL-QALBI BINTI MOHD SOFIYUDDIN.


1) Telah bergiat aktif dua tahun berturut-turut di medan kepimpinan PERMAI.

- Bukan saya sakit tenat atau meningkat usia dan tidak berdaya, tetapi PENGALAMAN yang telah sedia ada sudah cukup bagi saya. Bukan bermakna saya akan meninggalkan ahli PERMAI hanya semata saya telah merasakan cukup, bukan juga saya membiarkan kepimpinan terkapai-kapai menjaga 'anak-anak' PERMAI begitu sahaja. Jika begitu, kejamlah saya hanya menggunakan orang bila diperlukan,hanya menggunakan ahli bila masuk pimpinan, hanya bersama bila ada jawatan, hanya untuk mengambil manfaat, setelah itu dibuangnya jauh-jauh seperti botol air yang kosong dibuang setelah habis airnya kerana air tujuannya.

- Tak bermaksud kalau saya naik juga, saya tolak. Kuasa itu dari Allah. Kekuatan itu juga dari Allah.

2) Ingin memberi peluang kepada ahli lain.

- Berilah kepercayaan kepada ahli lain untuk membawa PERMAI. " Kullum riim ma nawa " ( setiap sesuatu bergantung apa yang diniatkan ). Maka sandarkan dihati apa yang kita niatkan, yakin dia boleh membawa kita dalam PERMAI,Insha Allah kita akan dapat. Dia boleh dijadikan contoh dan teladan, dia boleh memahami kita.


SITI FATIMAH BINTI ISMAIL.

Saya mengenalinya sejak pertama kali dia menjejakkan kaki di bumi Jordan. Pertama kali menyambut ketibaannya & adik-adik lain lapangan terbang, seolah-olah ada sesuatu yang bermakna pada dirinya. Walaupun saya bukan kakak kandungnya, namun saya telah bersamanya selama dua tahun dalam PERMAI,juga sebagai teman yang agak rapat dalam Kelab Az-Zikr(Tahfiz) yang amat kami sayangi. Disebalik hidup bersama Az-Zikr, hakikatnya kedua-dua dari kami ini sukar dilepaskan oleh guru-guru tahfiz untuk memegang amanah di medan kepimpinan PERMAI.

1) Deen list.

- Adik Fatimah ini sangat layak untuk dijadikan qudwah, sangat cemerlang dalam akademik selari dengan input komen Tuan Haji Sulaiman Ismail selaku Pengarah Jabatan Pendidikan Malaysia Jordan dalam Facebook baru-baru ini akademik juga perlu dijadikan aspek utama yang perlu dinilai sebelum seseorang dpilih menjawat sesuatu jawatan dalam persatuan . Sehinggakan ada yang cemburu dengan kecemerlangannya. Walhal usahanya lebih kurang sama dengan rakan yang lain & tidak terlalu menekan. Itulah anugerah dari Allah.

2) Tidak terlalu beremosi & mampu sesuaikan diri dalam banyak keadaan selain dirinya bersifat tegas.

- Sentiasa terukir senyuman dibibirnya walaupun kadang ada kepahitan yang dia rasai.

3) Sangat menjaga hafalan & cemerlang dalam hafalannya.

- Dia amat mencintai Al-Quran. Sungguh, pemimpin yang mencintai Al-Quran & mempraktikkan apa yang ada di dalamnya, Allah akan memelihara dirinya & orang yang bersamanya, Insha Allah.


3) Tidak dikenali?Nak yang glamour ye.

- Tidak dikenali namanya tidak mengapa, yang penting mengenali akhlaknya yang mulia. Bila naik nanti, insha Allah akan terkenal juga. Jangan pula anda undi tidak kenal siapa dia, maksud saya untuk mengenali dirinya dengan lebih jauh dalam pimpinan, boleh dikenali nanti. Tiada masalah.


4) Bagaimana sifat kepimpinannya?

- Dia bukan dari kalangan AMM/AMT? Tak boleh?Boleh =) Dari mana saya nilai? Pertama dia cemerlang dalam memimpin dirinya. Kedua kerana dia pernah menjadi ajk & pernah menjadi timbalan program begitu juga sering bersamanya dalam progrm-program PERMAI. Terbaru, dia sebagai Timbalan Pengarah KARISMA.Mungkin saya tidak pernah bersamanya dalam mesyuarat tetapi ..

1- Fatimah sangat bertanggungjawab & sangat memahami

2- Kerja on the spot

3- Sesuai menjadi contoh putri-putri lain,akademiknya yang cemerlang, qurannya, dengan amanah ketua naqibah program PINTAR, ketua batch, dengan petahnya dia menyampaikan sesuatu perkongsian & menghormati idea-idea orang lain.

4- Sangat ringan tulang. Dia akan melakukan sesuatu dengan usahanya yang terbaik.

5- Rajin pun rajin.

6-Tgas & amat risau sekiranya berlaku masalah melibatkan kumpulan yang disertainya lebih-lebih lagi dengan ahli tahfiz sekelas.

7- Bersemangat dalam melakukan kerja.

8- Berakhlak sudah pastinya.

Setiap manusia ada kelebihan & kekurangan. Jika kesalahan yang anda nampak pada seseorang bukan bermakna tiada langsung kebaikan pada dirinya. Mungkin detik itu dia tidak mengetahui, mungkin juga dia sedang mempelajari. Tegurlah dengan 'tangan' jika mampu, jika tidak dengan lisan, jika tidak dengan hati.

Ambillah pemimpin yang boleh berlaku adil & kuat serta amanah. Juga melihat aspek-aspek yang lain.

Peranan ahli & pemimpin, bila bergabung dengan baik, diadun bersama, Insha Allah baik keadaannya.

Sekiranya pemimpin itu terpilih, berilah komitmen semampunya. Jika dia yang terangkat & bergiat aktif bergerak, sebaliknya ahli tidak bergerak atau memberi komitmen, tak jadi juga. Bukan pemimpin sahaja yang penting, bukan ahli sahaja tetapi sinergi kedua-duanya membawa kegemilangan bersama.

Sekian. Segala komen,pendapat,kritikan & perkongsian amat dialu-alukan oleh penulis. Semoga ia memberi manfaat bukan hanya pada ahli PERMAI tetapi sesiapa sahaja, tidak kira dapat digunakan untuk saat ini atau hari-hari seterusnya.



إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ

(إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Terjemahan : " Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyampaikan amanah kepada YANG BERHAK MENERIMANYA, dan apabila kamu menetapkan hukum dengan di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat "

( Surah An-Nisa' : 58 )



PERMAI yang damai. Selamat menilai.

Allahu ma'ana ainama kunna.


Sejak pilihanraya, aktif benar blog penulis(no komen). Semakin berpilihanraya semakin merindui kuliah bersama Dr Mahmud Al-Kholidi.

Thursday, April 21, 2011

Pilihan Raya MPPMJ 2011.

10:09 PM 2 Comments




Bismillah.


" Allah permudahkanlah, penuh-penuh. " Setiap hari mulai hari ini, ada program penting selain kuliah. Strategi-strategi. Setiap hari dia menyusun jadualnya, untuk diri,keluarga & orang yang berkaitan dengannya. Jadual tetap jadual, sama ada diri & orang ramai dapat memenuhi jadual dirinya, itu terserah pada Allah. Paling penting, dia merancang setiap hari & laksanakan. Dateline itu penting. Dirinya semakin ketat dengan disiplin masa sejak kebelakangan ini. Sebelum ini,dia masih ada rasa kasihan terhadap sesiapa yang lewat jika berjanji dengannya, kali ini jika tidak dapat dibuat pada waktu yang ditetapkan, bermakna terbatal atau temujanji akan dibuat pada waktu lain (mengikut keadaan ). Takut.


Allah bersumpah 'demi masa', sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang dan mngerjakan kebajikan serta saling menasihati akan kebenaran dan menasihati untuk kesabaran.
( surah Al-Ikhlas : 1-3 )



Hangat Pilihan Raya bukan hanya di tanah tumpah sendiri tetapi di sini juga, tapi ini PR kecil-kecil saja cik & mak cik, belum sampai tahap negara lagi. Doakanlah mereka ini dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada ummat walau di mana jua mereka berada.


Hari ini tarikh akhir penamaan calon PR MPPMJ 2011 pula. Bertujuan menentukan barisan 'kerusi' PANAS pimpinan yang bakal menaungi pemimpin-pemimpin di setiap daerah Irbid(PERMAI), Mafroq, Mu'tah & Amman. Matlamat utama untuk ummat tercinta, mahasiswa Malaysia Sejordan juga selainnya.



" Disebabkan kamu lewat, saya denda cari sarang semut sekarang " kata fasilatator kepada dia.
Apa kelebihan & kekurangan semut dari banyak sudut?
Surah apa yang berkaitan dengan semut dalam Al-Quran?





Pilihan Raya PERMAI kali-8.

9:37 AM 0 Comments
Bismillah. Sebelum baca,anda sudah menunaikan solat atau belum? Jika belum, jangan lupa solat dulu & berjemaah ye. Terima kasih.


Siri 2.


Semalam ramai yang sibuk buat teka-teki siapa yang akan tercalon dan bakal berada di kerusi 'panas' PERMAI. Dia tak mahu menduga apa-apa tetapi calon yang dinamakannya naik untuk bertanding. Alhamdulillah. Sedang dia bergegas siap untuk ke kelas awal pagi itu.

" Awak tahu nama awak tercalon lagi? " tanya teman serumahnya.

" Eh, calon apa ni? " buat-buat pelik dan tak tahu kononnya.

Selepas membaca doa keluar rumah, difikirnya lagi tentang hal itu. Dalam kotak fikiran & peti hatinya bergetus " Allah..Allah..Engkau Yang Maha Mengetahui. Engkau yang Maha Memampukan bagi yang tidak terdaya. Engkau mengkehendaki sesuatu bagi sesiapa yang Engkau kehendaki. Apalagi, pasang strategi plan A, kalau tak dapat plan B " tersenyum sendiri berteman gundah dihati. Dia risau semakin hari & waktu adakah diri & tindakannya terlalu 'keduniaan' atau 'keakhiratan'.


Senggang waktu antara kuliah, dia mereka ayat untuk menarik diri. Sokongan ibu bapa itu agak kuat juga kadangnya. Tapi bukan pada dia, jangan menipu diri sendiri & orang lain kalau nak selamat dunia akhirat. Nak kata ibu & ayah tak bagi? Mereka pasti menyokong ( percaya sungguh pada anak perempuannya ). Tapi yang penting awlawiyat,keutamaan. Yang utama sebelum solat adalah wudhu' & akhir solat adalah salam. Begitu. Bukan tidak berpesatuan langsung tapi dia meletakkan syarat-syarat untuk dirinya menerima & menolak sekiranya dia tercalon. Keadaan yang bagaimana harus ditolak. Hai,banyak demand betul dia ini.

Alasan tersendiri, tiada paksaan untuk menarik diri. Jangan sampai menzalimi diri.

Baginya alasan tahun akhir kuliah syariah untuk tidak dilantik, dia sedikit setuju. Tapi seandainya mereka yang tercalon memang betul-betul layak & berkebolehan. Tak perlu tarik ye kakak-kakak @ adik-adik. Bercakap soal kelayakan, ramai yang menganggap dirinya tidak layak. Bercakap soal akademik, ye ini paling releven dia rasa. Semua orang ada target ingin cemerlang akademik. Sekiranya yang terangkat itu lemah dirinya, ditakuti melemahkan dirinya sendiri & orang lain sepanjang di medan. Padahal seawalnya dulu sangat bersemangat tika terlibat dalam kepimpinan. Dan memang , ini bukanlah jalan yang sebahagian mereka pilih dahulunya . Masing-masing ada cita-cita yang ingin digapai . Bahkan mungkin ada juga yang pada mula , memang rela berada dalam medan itu , tetapi setelah melihat sakit peritnya , letih , kutukan yang bertubi-tubi , kalau diikutkan hati ingin sahaja ditinggalkan jawatan itu masa itu juga andai diberi peluang. Ini yang perlu dijauhi, bukanlah ditengah-tengah perjalanan menyalahkan pihak persatuan atau terus membisu dan kerja menjadi kaku. Kebajikan diri perlu dijaga katanya tetapi bagaimana pula amanah yang ada & kebajikan orang selainnya? Semoga dijauhi dari keadaan ini & mereka yang akan bertanding nanti terus bersemangat dan niat dapat sentiasa diperbaharui. Bukan boleh main terjun sahaja ke dalam air atau dari atas bangunan kemudian ada orang sambut atau ada tilam empuk. Ya kan?

Huh, berat untuk menentukan pemimpin. I would be greatful if you are our team leader. Soalnya siapa? Pemimpin muslim yang kuat,adil,amanah,tegas,cepat,tangkas,dapat membuat keputusan yang tepat & padat berlandaskan syariat. Berfikiran kritis. Bak kata rakan-rakan " otak perlu berlapis-lapis, tak kan ini pun awak tak tahu ". Dush! Kena sebiji bila ditanya senyap saja. Jauh sekali dia dengan kelayakan2 itu. " Lembik awak ni, pemimpin perlu lebih kuat! " bila kerja yang diberi lambat diserahkan semasa dilatih didalam hutan. " Andai Nabi Muhammad S.A.W sering mengatakan penat & mengeluh, tambah tiada kesabaran yang tinggi, tidak sampai dakwah pada ummatnya ( kita juga ) " kata ibu pada dia.


I decide what do i want.

Hati berada dalam badan bukan pada tangan. Hati-hati manusia hanya ditanganNYA. Istikharah ye kakak-kakak dan adik-adik. Istisyarah juga. Dia sibuk menghubungi senior-senior & calon-calon lain petang itu. " Akak, ustazah kita kata kalau akak tak naik, pasti akak akan boleh pergi jauh dari keadaan sekarang. Sebab ketika akak buzy pun dapat buat sebanyak ni, apatah lagi jika tak berjawatan ", kata sahabat kelas Az-Zikrnya@Quran. Kisah dulu " coach, saya tak mampu. Saya nak tarik diri ". " Teruskan selagi saya kata berhenti, saya tahu awak mampu" dia terlutut.Guru silatnya memberi keyakinan & semangat untuk menumpaskan pihak lawan ketika dia berlatih.

Allah. Yakin dengan Allah. Bila hati sudah tetap dengan keputusan, syaitan akan lebih kuat membolak-balikkannya. Maka jaga keyakinanmu pada Dia. Siapa petunjuk hidupmu?

Usulnya bukan pemimpin yang glamour, kacak atau cantik yang dipilih tetapi kekuatannya pada Allah & bertindak berlandaskan syariat. Jika Allah yang kuat dihatinya, insha Allah hati-hati lain boleh bersama dibawah satu rabitah(ikatan) iaitu Allah. Bukan ikatan fikrah, bukan ikatan 'geng putih@hitam@keras@lembut', bukan ikatan 'sebulu' dan lain-lain. Syarat wajib & syarat tambahan itu lain.

Rasailah nikmat & carilah hikmah dalam kepimpinan atau pencalonan. Lebih-lebih lagi sebagai mahasiswa + sibuk itu & ini + di bumi anbiya' ini, di mana belum tentu orang lain dapat merasai seperti dia & kita perolehi.

_________________________________________



_________________________________________




Tanya diri : Hal ana qaid naajih/qai'dah naajihah?( Adakah saya pemimpin yang berjaya )
Good leeders need to be...??

_________________________________________


Terima kasih kepada yang mencalonkan diri saya. Tahniah & takziah kepada calon-calon tersebut :

SYABAB JUST
1. Wan Muhammad Najib bin Wan Mohd Daud
2. Ahmad Hidayat Hasni bin Mat Isa
3. Ulya Aqamah bin Husamudin
4. Muhamad Arif Hakimi bin Mohd Noor
5. Muhammad Naim Bin Deraman

SYABAB YARMOUK
1. Muhammad Sahel bin Nordin
2. Mohamad Norhelmy bin Shamsuddin
3. Ammar bin Ismail
4. Muhammad Iz’aan bin Azalan
5. Ahmad Firdaus bin Kadir

AKHAWAT JUST
1. Nurul Kauthar Binti Mohd Khari
2. Siti Fatimah binti Ismail
3. Raihana binti Ahmad Nazri
4. Nur Farah Aisyah binti Nazim
5. Farhanah binti Tajurudin


AKHAWAT YARMOUK
1. Nafeesa Ayesha Bt Ahmad Fauzi
2. Anisatul Qalbi Bt Mohd Sofiyuddin
3. Afifah binti Hamdan
4. Sarah binti Abdul Razak
5. Nurul Hasna' Binti Hazni




___________________________________________

p/s : Harap anda dapat kongsikan pendapat. Semoga pendapat & komen anda dapat memberi manfaat pada diri ini & pembaca jika bukan saat ini, mungkin esok, lusa, tahun hadapan atau setelah 10 tahun akan datang bersama cucu-cucu & cicit yang comel.

Allahu a'lam.

Sunday, April 17, 2011

Pilihan Raya PERMAI kali ke-8.

12:12 PM 2 Comments

Siri 1.


Alhamdulillah,syukur kerana kita masih diberi nyawa untuk terus memperbaiki diri & terus beramal demi mengangkat agamaNya. Bersyukur tidak terhingga, saya telah banyak dididik oleh Allah antaranya diberi peluang menjadi ahli kepimpinan PERMAI. Walaupun sering kali merasakan tidak layaknya diri. Perubahan pada diri amat dirasai, namun tidak dinafikan terlalu banyak kelemahan diri yang masih terzahir lagi. Tapi saya bukan sendirian, kerana Allah hadirkan kekuatan bersama insan-insan yang hebat dalam barisan. Ada ahli yang memahami & membantu menambah lagi semangat untuk terus maju membangunkan ummat. Penglibatan saya bersama kepimpinan PERMAI sesi 2010/2011 kali ini semakin melabuhkan tirai. Terlalu banyak suka dan duka tika susah dan senang bersama, yang tak terlukis gambarannya. Terima kasih yang tidak tertinggi kepada teman-teman seangkatan khususnya,yang terlibat secara tidak langsung umumnya dan sahabat-sahabat yang tidak putus mendoakan & memberi semangat serta meringankan beban. Juga tidak lupa kepada senior-senior dan kepada mereka yang sudi berkongsi ilmu & tidak jemu-jemu membantu.


Masih segar dalam ingatan kerana dimarahi 3 hari lalu. Saya tahu itu marah sayang.Saya tahu itu marah untuk mendidik. Sesuai dalam keadaan saya yang sedang melakukan kesilapan walaupun pada saya itu bukan kesilapan. Tapi dengan didikan itu, saya tahu kenapa saya dikatakan silap. Jika tidak dimarahi, mungkin saya terus melakukan kesilapan yang sama tanpa disedari. Lagi-lagi saya bergelar pemimpin yang memimpin ahli di sini. Pemimpin tidak semestinya benar dalam segala tindakan kerana dia juga manusia yang kadang melakukan kesilapan. Agama itu nasihat. Tak perlu saya lebih-lebihkan mengenai apa, siapa & bagaimana. Pasti yang terjadi bukan sia-sia.
( Dan bagi siapa yang mengadu, lain kali jumpa saya dulu kalau hendak orang lain marahkan kesilapan saya,menyedarkan atau bertanya dulu mengapa saya bertindak begitu, at least saya bersedia & tak terpinga-pinga. Lagi satu pada orang yang lain pula, tak perlu menyampaikan secara 'layang' kepada orang lain. Tapi bagus,saya tabik dengan tindakan kalian. Kalau diberi tahu & bersedia, tak terjadilah seperti apa yang anda harapkan. Apa-apa pun terima kasih daun keladi =). )


" Awak beruntung sebab dapat terjun dalam masyarakat melalui kepimpinan persatuan & boleh berhadapan dengan kata-kata yang pedas. Lagi dengan tindakan-tindakan yang kadang bagi saya tak boleh untuk saya menghadapinya. Andai pun saya boleh berhadapan, pasti saya cepat mengeluh,putus semangat & menitiskan air mata kerana tidak dibiasakan dengan keadaan itu kerana tidak ada banyak pengalaman, lebih-lebih lagi sekiranya ada masalah peribadi. " Kata seorang sahabat saya@ahli persatuan yang mengakui dirinya sering duduk di rumah serta jarang bertemu ahli-ahli lain melainkan di kelas kuliah & mengikuti program persatuan. Tambah lagi kental 'mengental' jiwa saya. Dalam hati saya : " hanya Allah yang tahu ". Ting.


" Sabar itu penting. Tapi bukan sabar sehingga menggadaikan maruah. Itu belum lagi sehingga dibaling najis seperti Nabi Muhammad S.A.W ". Ibu berkata sambil tersenyum seolah-olah tiada apa yang terjadi. Teringat kata-kata itu sewaktu diri menjadi pengawas sekolah masa kecil dahulu, yang sering mengadu & meminta pendapat ibu akan tindakan rakan-rakan. Kata untuk mendidik diri lebih sabar. ( Tertunduk kepalaku ).


Melihat di bumi PERMAI, setiap suatu fatrah pasti bertukar tampuk kepimpinannya. Begitulah sunna-tul Allah. Suatu yang asli dan benar itu kadang tidak lama. Bagai bunga mawar yang asli pasti kan layu juga bila tiba masanya, kemudian tumbuh mekar lagi mawar yang baru. Fatrahnya untuk mengembang mekar dan menyembahkan kelopak paling cantik pula mengambil masa, dari biji bunga hinggalah menjadi bunga yang sebenar-benarnya. Lebih-lebih lagi bunga yang baru pertama kali ditanam. Melainkan bunga yang palsu & tipu, pasti mekarnya lebih tahan lama dari yang asli. Pembikinannya pula lebih cepat dari yang asli. Namun bunga yang palsu bukan dengan usahanya sendiri, malah dengan tipu daya tanpa adanya kasih sayang, hanya pentingkan diri.


Seperti sejarah-sejarah kepimpinan Islam dahulu, Saidina Umar Al-Khattab menjadi pemimpin selepas Saidina Abu Bakar, kemudian Saidina Uthman dan seterusnya. Begitu juga pemimpin yang terkenal seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi dan Imam Hassan Al-Banna. Itulah contoh-contoh pemimpin yang dibantu Allah & berjaya mengukir sejarah kegemilangan. Tapi di bumi PERMAI bukanlah mempunyai target membangunkan sejarah kegemilangan sebegitu rupa, sedangkan diri, keluarga@ahli pun masih belum cukup kuat, kemampuan dan potensi juga kecil sahaja. Hanya angan-anganlah katanya. Ya angan-angan boleh menjadi kenyataan,tambahan pula ia sedikit sebanyak membantu ke arah itu. Andai pun sejarah tidak berulang pada zaman hidup kita, moga biarlah ia tertegak pada generasi seterusnya. Jika tidak cuba ditempa jiwa-jiwa ke arah semangat ingin berkorban dalam bumi PERMAI yang kecil ini, bagaimana pula untuk mengorbankan jiwa dalam keadaan yang lebih sukar dari keadaan ini? Bukan dimaksudkan dengan mengorbankan akademik & harta sehingga menzalimi diri sendiri, tapi pengorbanan yang digariskan syariat dan boleh difikir dengan akal yang waras.

Bertukar tampuk kepimpinan lebih awal dari sebelum ini bukanlah kerana mereka itu zalim seperti yang terjadi pada revolusi di Turnisia,Mesir dan negara seumpanya. Tapi adanya sebab-sebab tertentu dan mengikut prosuder yang benar. Berubahnya tampuk kepimpinan setiap suatu fatrah, itu adalah ketentuan dari Allah pastinya, dan dapat memberi contoh kepada manusia perbandingan antara orang-orang hak dan orang-orang batil, antara orang-orang taat atau orang-orang yang menentang. Supaya manusia mengakui adanya kelemahan dan menyedari kehebatan Allah Ar-Rahman. Mensyukuri peluang yang diberi hakikatnya untuk mendekatkan diri pada Yang Maha Kuasa.

Siapa yang menginginkan dan merebut-rebut kuasa? Kerana amal@kerja kepimpinan itu bukanlah mudah semudah olahraga atau menyelam ke dasar lautan mencari dan mengutip mutiara atau memanjat pokok kelapa paling tinggi memetik buahnya. Anda juga tidak menginginkan kerana jawatan itu terjejaknya kaki di neraka. Tidak,bukan? Lazimlah sekiranya ada yang berasa takut sekiranya tercalon dalam pilihan raya. Insha Allah pilihan raya di sini bersih. Belajar berpilihan raya di sini, sedikit sebanyak membantu anda bekerja,bertindak,mempraktikkan & menilai sebelum berpilihan raya di tanah tumpah darah sendiri. Sambil mempraktikkan apa yang telah di pelajari dalam muhadharah@kuliah di sini. Setiap orang pasti akan menjadi pemimpin suatu hari nanti tetapi bila, dimana, bagaimana & bersama siapa, saya serahkan saja pada yang Maha Mengetahui.


Tapi yakinlah sekiranya anda terangkat bukan dari meminta-minta amanah itu, pasti Allah akan bantu. Bila ada rasa bangga & sombong bila tercalon, mungkin kerja tidak akan sempurna sampai bila-bila. Ini sungguh bahaya cik. Moga terhindarlah diri kita. Dari Allah yang memampukan & memberi kuasa, serta kekuatan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dari Allah juga yang melumpuhkan dan menumbangkan musuh-musuh yang Dia kehendaki. Pada Allah juga tanggungan segala rezeki. Menambahkan lagi wasilah anda untuk ke syurga. Tidak sama orang-orang yang duduk di rumah dengan orang-orang keluar menunaikan amanah berjihad di jalan Allah. Kuatkan diri & rajinkan diri sehingga ke akhirnya walau apa pun terjadi, biar naik bersama turun bersama, susah senang bersama. Ikhlaskan hati, terus berusaha sebaik mungkin dan cuba bersabar dalam menempuh cabaran & ujian yang mendatang kerana anda terpilih dari kalangan yang terpilih. Belajarlah segalanya dari peluang yang tidak mungkin orang lain dapat seperti yang anda perolehi. ( Nasihat dari penaja, diutamakan untuk penaja. )


Melainkan ciri-ciri yang berhak digulingkan pada pemimpin itu, maka dia berhak digulingkan mungkin dengan serta-merta. Saya mendoakan agar sesiapa yang tercalon moga dipermudahkan segala urusan kehidupan dunia & akhirat. Begitu juga JPR yang bertungkus lumus bekerja.


Jika anda masih ingat lagi sejarah perlantikan Khalifah Abu Bakar, di situ betapa pentingnya segera memilih seorang pemimpin dari mengebumikan jenazah Nabi Muhammad S.A.W. Kedua-duanya sama penting, tetapi yang lebih utama menurut ulama' adalah pemilihan pemimpin kerana berkaitan menaungi urusan ummat@masyarakat.


Setiap orang yang dipimpin wajib mentaatinya kecuali pada perkara yang melanggar perintah Allah S.W.T.

ا "(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللَّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً )"س

Terjemahan : " Wahai orang-orang yang beriman. Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad),
dan Ulil Amri ( pemegang kekuasaan ) di antara kamu. Kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah ( Al-Quran ) dan Rasul ( As-Sunnah ), jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. "
( Surah An-Nisa' : 59 )


اذا كان ثلاثة في سفر فليؤمروا أحدهم
Jika terdapat 3 orang ketika bermusafir, maka lantiklah salah seorang dari mereka.
- Diriwayatkan oleh Abu Daud dari hadith Abi Hurairah /sunan Abu Daud bab 87 -


Juga apa yang telah diriwayatkan dalam Sahih Muslim ( No. 1835 ) J 3/1466.

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم

._ من أطاعني فقد أطاع الله ,ومن يعصني فقد عصى الله , ومن يطع الأمير فقد أطاعني , ومن يعص الأمير فقد عصاني ))

Daripada Abi Hurairah R.A daripada Nabi Muhammmad S.A.W bersabda mafhumnya : " Siapa yang mentaatiku maka dia telah mentaati Allah, dan siapa yang mengingkariku maka dia telah mengingkari Allah, dan siapa yang mentaati amir ( pemerintah/pemimpin ) maka dia telah mentaatiku, dan siapa yang mengingkari amir maka dia telah mengingkariku. "


La to'ah fil ma'siah..

Juga dalam Sahih Muslim bab wajib taat pemerintah pada selain maksiat ( yang tidak bertentangan dengan syariat ) & haram taat pada maksiat.

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : " السمع و الطاعة على المرء المسلم فيما أحب و كره, إلا ان يؤمر بمعصية " س
Seperti juga dalam Sahih Al-Bukhari daripada Abdullah bin Amru R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W bersabda mafhumnya : Dengar dan taat ke atas setiap muslim itu pada apa yang disukai atau tidak disukai, kecuali diperintahkan ( melakukan ) maksiat.
- Sahih Al-Bukhari No.7144 & Sahih Muslim No.1839 -

* maka hilanglah hak ketaatan sekiranya diperintahkan melanggar perintah Allah.


Sekian. Ini hanya pendapat peribadi.


Wallahu ta'la A'lam.


Antara rujukan :
1- Pengalaman sendiri
2- Fiqh Al-Jihad : Al-Ustaz Al-Dr Mahmud Al-Khalidi
3- Nizom Al-hukum fil Islam : Al-Ustaz Al-Dr Mahmud Al-kholidi